Pelawat


Sunday, December 1, 2019

my strength is ayah saya

Assalamualaikum,

hai.

so haritu aku ada post pasal ni i_dont_feel and now i know why is the reason i am being like that.

so on 23rd Nov 2019 aku dapat tahu ayah masuk hospital elok je aku bangun dari tidur. itu pun sebab abang up status. then aku call tanya kenapa ayah. mama cakap ayah malam semalam (22nd Nov 2019) kata susah nafas so bawa pegi klinik.

klinik bg dia gas untuk pernafasan then dr refer straight to the hosp ampang.

bila sampai hosp ampang, ayah masuk Emergency Department. dr terus bagi oksigen and ayah dikejarkan ke CCU sebab doktor kata ayah ada masalah jantung. mama pergi solat kejap then mama dapat call from dr kata ayah kena stroke.

ayah kena minor stroke on right side. so dia paralyze sebelah badan.

23rd Nov 2019 ,
aku kena rush balik kl. after exam taekwando aku terus straight pergi ktm arau sebab kalau naik bas nanti lambat and jammed kat tbs. masa dah sampai ktm arau aku terus cari kaunter dan tanya nak pegi kl sentral harini dan skg. alhamdulillah rezeki aku baik. elok je aku sampai terus ada train lebih kurang 1 minit je (3:58pm) mmg nice la. aku cakap kat akak tu sempat ke then dia kata "Sempat". aku pun amik je la risk tu. actually the whole day mmg aku take risk. aku tak tahu apa aku fikirkan. so i am good.

i reach home dgn abang amik kat lrt pandan indah.

24th Nov 19,
pagi tu bersiap untuk ke hosp tgk ayah. aku masuk dan aku cuba untuk gagahkan taknak nangis but bila nampak ayah tengok aku, aku terus sebak dan ayah nangis. disebabkan ayah nangis lalu aku pun nangis. itu first time seumur hidup aku ayah sakit sampai mcm tu sekali. try imagine macam mana dia tahan sakit dia sorang diri selama ni tanpa bagitahu kami semua. ayah terlalu kuat semangat sampai kita org sendiri tak nampak ayah sakit apa and sejak bila.

ayah ada cakap sesuatu tapi aku tak faham sebab ada tube kat mulut dia and so on. dia marah. rupanya tangan dia sakit sbb nurse salah cucuk.. allah kuatnya ayah tahan sakit. mesti ada benda yang lagi sakit ayah tengah hadap :')

then, aku urut ayah. aku pesan kat dia "semuanya akan ok. ayah jangan risau ok." sambil aku senyum. then mama inform ayah stroke sebelah kanan. aku nangis sebab ayah sumber kekuatan aku selama ni. aku baru sedar sekarang ni. ayah kekuatan aku. aku sakit ayah care sangat. dia sakit takpe. asalkan anak- anak dia sihat. itulah ayah.

ayah duduk dlm wad CCU . dr ada cakap juga jantung dia lemah and ada pendarahan di kepala tapi tak perlukan pembedahan sebab dr bagi ubat untuk cairkan darah. alhamdulillah ayah sedarkan diri selepas dr bg ubat tidur untuk ayah rehat.

aku masuk CCU cuma untuk beberapa hari. 4 hari CCU dan 1 hari wad biasa kemudian discharge.

28th Nov 2019,
ayah dah boleh discharge. along jaga dia untuk satu malam ni hosp dan along kata ayah nak air je.. dr dah pesan untuk limit kan air sebab jantung ayah still lemah. dan ayah minum ikut tube dari hidung tu. jadi kami pun dengan tak reti bagi la dia minum. dia ada marah sebab salah buat. takut tengok dia marah. lepastu tunggu bukan main lama tunggu hal hosp semua siap... pukul 3 lebih baru settle dan ayah boleh hantar ke rumah.

aku bawa kete matrix ayah masa ambil dia. ayah mesti bangga aku boleh bawa kete dia.. masa nak angkat ayah masuk kereta mencabar sebenarnya sbb along baru lepas operate. mama tak larat. so harapkan aku dan angah je. aku cuba untuk kuat kalau tak sape lagi kan?

aku rasa ayah dah tahu aku boleh jaga diri sebab tu dia tak pesan pape. dia tahu kami semua boleh jaga diri. ayah ni baguslah. hehe... ayah turun dari kete then ayah kata nak mandi sbb tak selesa. so aku pun dgn angah ok ah pegi bawa toilet. kat toilet tu ada penghalang so aku pun ckp la pecahkan je la. then ayah suruh angah pecahkan batu tu. ayah kata ada hammer dalam almari tu. (ayah know everything)

cabaran nak mandikan dia is another level gak. aku suggest angah masukkan wheelchair ayah ke dalam supaya senang nak angkat. tapi aku srs tak ingat macam mana aku buat. aku buat je and i follow the flow je. mandikan ayah and dia lega dapat mandi. ye la bape hari tak mandi and ayah memang suka mandi. suka basahkan kepala lagi. hehe. i know ayah laa.. but sakit ayah, ayah pandai sorok :') maaf ayah.

29th November 2019,
hari yang hantar dia balik tido tu, aku dgn angah terpaksa balik kg pandan sbb angah ada hal. so kteorg plan esok nak naik langat la. aku mmg dah plan nak naik langat pagi. aku bangun and kemas semua barang nak bawa naik atas (langat) lepas tu along call cakap ayah nak air nanas yang kordial tu. aku pun ok ah cari. tapi srs takde weh. aku cari merata takde. lepas tu aku call cakap takde then ayah kata pape je. aku belikan durian belanda. sbb itu fav ayah gak. masa aku dah siap shopping. aku balik dan terus letak barang yg ada kat rumah dan siap nak naik langat. aku call mama tanya nak makan lunch tak then dorg kata beli je pape.

elok je lepas a few minute along call kata suruh naik langat sekarang. dia tak cakap kenapa. aku rush ke langat..

bila sampai langat aku nampak mak long kat luar rumah otw ke rumah dia sebab jarak rumah just satu rumah je. then, mak long cakap ayah pengsan tak sedarkan diri. masuk je rumah tgk pak long and angah tengah pakaikan jam untuk tgk nadi jantung ayah tapi tak dapat detect.

bila medic sampai dorang check and kata jantung ayah dah takde bunyi degupan... masa tu aku mcm tak percaya sbb myb ayah collapse awhile. then dorg bawa ayah pegi hosp and dorg semua rush pegi tolong ayah.

bila along keluar, along kata ayah dah takde. and from that moment aku sedar mmg ayah dah takde masa aku otw ke langat lagi. entah kenapa aku rasa Allah dgr apa yg aku mohon. aku mohon supaya Allah permudahkan segalanya dan termakbul semua doa aku.

aku lost. ayah tempat aku mengadu sakit tapi ayah tak pernah mengadu sakit. betul la orang kata, masa ada tak nak hargai.

alhamdulillah masa settle kan ayah semuanya mudah dan aku happy sbb dapat angkat dia buat kali yg terakhir. ayah ringan je hehe... i love u.


No comments:

[Featured Post]

Its time to Change

 Assalamualaikum, hi. Cepat betul masa berlalu. Tak ingat sejak bila tapi mungkin dah 2 tahun. Sometimes, kita tak sedar masa tu bergerak de...

[Popular Posts]