Pelawat


Tuesday, May 26, 2026

Progress Kurus Untuk Sihat~


 is it normal untuk orang yang bersukan, boleh makan apa sahaja?

"aku kurus, so makan je apa-apa. bukannya gemok pun."

"aku exercise la hari-hari. lari 20km lagi. lepas tu siap pergi gym."

"normal la tu lepas bersenam terus lapar. tapi metabolism tengah tinggi. so makan apa pun tetap kurus"

itu kebiasaan orang akan cakap. bila kita cakap yang pemakanan tu KEY untuk sihat. dorang akan balas, 'aku kurus'.

ada juga lepas main gym, dorang terus smoking. even dalam gym pun ada yg hisap vape in between rest time. is it normal ?

orang beria bersukan untuk nampak cantik dan fit. jaga luaran tapi terlupa dalaman juga perlu dijaga. memang banyak perempuan dengan body cantik, lelaki badan fit dengan muscle, tapi end up dalaman langsung tak dijaga. 

Step one.

POTONG SUGAR

kalau serious nak turun berat, kena totally cut sugar. if tak boleh nak potong terus, maybe boleh untuk kawal pengambilan gula. air minuman 3 in 1 pun tak elok. 

pernah masa diet dulu, cut semua minuman manis dan memang laju berat turun. muka pun nampak lebih kecik.

REDUCE DAIRY / TENUSU

susu low fat or fresh milk, better kurangkan. pernah dengar tak orang cakap "minum susu untuk tambah berat badan"? yes benda tu memang menjadi. untuk orang kurus yang nak tambah berat badan, maybe boleh guna carai ini.

untuk yang nak turun berat badan, better elakkan pengambilan tenusu ni. memang nampak berbeza sangat. muka lagi chubby bila ambil air susu dan tambah dengan minuman manis yang lain.

KAWAL PORTION MAKAN

tak perlu pun nak strict diet. ekstrem diet pun boleh buat kau muak dengan diet. kalau boleh makan je tapi dalam moderate. always eat in order

fiber - protein - carbo

sayur - ayam - nasi

at least bila dah kenyang, kau boleh kurangkan makan nasi. faham?

MAKAN REAL FOOD

kurangkan makan benda frozen dan lebihkan makan makanan sebenar. contoh ayam beku, beli je ayam fresh dan masak. right now memang addicted dengan ayam goreng, so better kita beli je sendiri dan masak. at least kita tahu ayam tu kita masak dengan minyak baru. bukannya reused minyak yang tah dah berapa kali guna.

JALAN KAKI SETIAP HARI

kalau boleh, lepas waktu kerja, kena jalan kaki at least 10k step. orang banyak cakap, dari jalan 10k better lari or buat exercise lain. padahal untuk long term, kalau kau kerap jalan kaki, kau boleh kuatkan kaki. jantung kedua kita dekat betis. i not sure but kaki ialah kegunaan yg penting untuk kita bergerak. so why not. kerja ofiz pun kita banyak duduk. so nak berjalan tu memang malas sangat.

aku pernah berjalan kaki almost setiap hari dan memang badan boleh turun. tambah pula dengan diet masak sendiri. memang turun lagi cepat. jalan je lepas kerja dan tenangkan diri pada masa yang sama. u will love it.

TIDUR YANG CUKUP

ok dalam diet, tidur is crucial. masa diet memang selalu tidur pukul 10 malam. kalau siang kita dah penat berjalan, nak tidur malam tu mesti takde masalah. bila jadi masalah kalau siang kurang aktif, malam jadi hyper dan susah tidur malam. sebab tu bila atas 12 malam je mesti akan lapar. padahal bukan lapar pun. lebih kepada nak menguyah sesuatu. 

JANGAN START MAKAN DENGAN KARBO ATAU AIR MANIS

kenapa? dia akan meningkatkan craving makan sebab lapar. apa-apa makan dulu fibre.


good luck




No comments:

[Featured Post]

Progress Kurus Untuk Sihat~

 is it normal untuk orang yang bersukan, boleh makan apa sahaja? "aku kurus, so makan je apa-apa. bukannya gemok pun." "aku e...

[Popular Posts]