Pelawat


Wednesday, February 24, 2021

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Arwah/ Orang Meninggal Dunia

 Assalamualaikum, 

hi semua! Harap semuanya dalam keadaan yg baik.

Ok tanpa melengahkan masa... berikut merupakan langkah untuk tukar nama milik kenderaan.

1. Amanah Raya

- korang kena settle kan dulu segala hak milik arwah untuk pembahagian harta kepada yang masih hidup seperti anak-anak

- Cara untuk pembahagian harta dgn Amanah Raya boleh terus walk-in di tempat Amanah Raya

PENTING! 
Proses untuk amanah raya ni boleh sampai masa berbulan ye. dalam kes saya lebih kurang 3 bulan

2. Puspakom

- Lepas dah ada surat dari amanah raya, korang boleh la hantar kereta untuk pemeriksaan di puspakom. Puspakom sekarang tak boleh walk-in. Kena book via online. Jadi, sila pilih option "Tukar Nama". 

- Boleh booking dengan klik link ni ---> https://www.puspakom.com.my/appointment/

Soalan: "Boleh ke nak buat puspakom siap2 tapi surat amanah raya belum keluar"

Jawapan: Boleh nak buat puspakom siap2 walaupun surat amanah raya tak keluar lagi, tapi puspakom punya surat lulus ada expired date. Tempoh sah laku surat tu hanya 2 bulan dari tarikh lulus pemeriksaan.

- Senang nak lulus. Kereta pastikan buang semua tinted dan jangan modified sangat la Hahahaha

3. JPJ Besar BUKAN Cawangan macam UTC

- Pastikan anda cari JPJ yang memang ibu dia. bukannya cawangan seperti di UTC

saya ada pergi ke UTC Keramat untuk penukaran nama. Kemudian, saya bagitahu yg nama tu dah tiada (arwah). Dia cakap kat situ tak boleh. Penukaran nama hanya untuk yg masih hidup sahaja.

So , saya pergi ke main JPJ di Bangi... Fahamkan? JPJ yang memang induk JPJ ... boleh search di google untuk lokasi mereka.

4. Insurans Kereta/Motor

- Nak pergi tukar nama kena pastikan ada insurans. Bawa surat insurans tu! Kemudian, kalau roadtax korang dah mati, boleh terus renew dengan mereka. Takde masalah. Proses tukar nama ni sekejap je. Yang lama tu bila korang kena beratur dan tunggu sampai turn korang. itu je...

DOKUMEN YG PERLU DI BAWA

1. Salinan IC/ kad pengenalan (yang nak tukar nama tu)

2. Sijil dari Amanah Raya (yg menunjukkan korang ada hak untuk tukar nama kenderaan)

3. Surat Insurans (Kalau dah beli insurans, surat ni mesti ada)

4. Geran kereta yg nak ditukar

5. Keputusan Puspakom (yang belum expired, kalau dah, sila buat baru)


My Case

Dalam kes saya, saya buat penukaran hak milik kenderaan iaitu Motokar/ kereta. Kalau ada persoalan boleh terus cari saya di media sosial seperti twitter dan instagram @SabrinaWazien

Nak buat benda ni tak susah tapi kena betul2 siapkan dalam masa seminggu. lagi cepat lagi bagus. Saya kena tukar nama arwah sbb roadtax saya hanya hidup untuk 6 bulan. Jadi, lepas habis insurans setahun, saya terus tukar nama untuk beli roadtax selama 1 tahun.

boleh kalau korang nak hidupkan roadtax setiap 6 bulan. terpulang korang... okay la itu je..

Semoga bermanfaat ~

Salam.

[Featured Post]

am i crazy? or just stress?

  halo. im back. seriously i missed writing here. its like my personal diary on public LOL. i dont mind because nobody knows me anyway. so, ...

[Popular Posts]