Pelawat


Monday, April 29, 2013

Hostelku ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

hai semua ! malam ni memang nak share pasal hostel aku pun.. hahaha... hostel aku kat sekolah teknik but now already tukar to Kolej xD kesahhh :P kehidupan budak hostel ni memang sangat colourful dan sungguh penuh dengan drama yang tak diduga langsung... kekadang duduk hostel ni best but sometimes, presure habis kot... aku sumpah benci kawad ! jangan la nak paksa aku masuk kawad bagaiii! u are not the one should force ! XD n lagi satu, aku tak nak pun masuk kadet polis bagai tu... nasib je cikgu guna kuasa veto dia tu ! aku tak KEBULUQ masuk POLIS !!!! aku benci polis since aku masuk SMK ! puihhhh -.-"

okayyyy... now,, aku tak berapa nak cerita benda tak bestt.. ni nak cakap pasal balik hostel for cuti pekerja *hell yeahhh* hahahaha ! yaa,, take a look some pictures that i snap .. just ignore the environment derrr~

just focus kat LUGGAGE PURPLE :P
my locker hujung sekali belah kiri and kat bawah.. besides that our sangkut baju stuff...
sebelah katil aku ialah katil kosong untuk aku pulun letak barang xD
my jiran punya katil.. tak berapa nak elok XD
itulah gambar hostel aku... aku duduk kat PULAU DATAI dorm 1 bersama dengan perangai kekawan yang tak pernah diduga... hahaha... seriously, budak dorm 1 cool ! just for first intake k ! not the new incomer -.-" (please terasa !) *evil laugh*

Thursday, April 18, 2013

SHOCK! #3

Assalamualaikum,

hari ni mmg semua penuh dengan kejutan buat aku ! tadi masa nak g Baron, taxi touching dgn aku then booking silap.. pastu kes ni pulak ... what a shock!

tak sangka yang 2 orang guru yang kena masuk hospital tu cikgu Ng (yang ajar aku Akaun) and also cikgu Sabrina (my cikgu sivik) :( kesiannnn ! kalau boleh nak je visit dorang Hospital Ampang tu :( hmmm cikgu Ng baru je lepas buat operation kat bahagian kaki,, kesiannn :( nak balikk KL !!!! T_T cikgu, be tough!! :'(

aku bukan risau pasal cikgu je, but semua kekawan kat sekolah tu haaa.. ada yang kena tahan kat wad ... okay aku memang sah tak boleh pergi ! harap semua orang sihat macam biasa... if Allah wills.. pasti ada hikmah tu... now my school famous as 'A Explosion Chemical School" hahaha! k tak lawak sebenarnya sbb aku tak de time tu.. good job! time aku pindah baru la nak buang asid bagai ! nyampahhhh

SHOCK! #2

Assalamualaikum,


ini lagi satu yang membuatkan aku shock!

firstly, aku tahu dari facebook jer.. ada yang kata, terjatuh la. ada orang buat la.. and so on... memang banyak cerita but nahhh.. tadi my brother call me, he said "weh sab, kau tahu tak pasal lokman meletup?" then i replied "ya dah tahuu.. apa jadi dohh?" "try tengok fb along.. ada kat situ" he replied... then, aku pun terus open, and guess what, banyak gila cerita ni keluar kat surat khabar... yang aku tahu, Kosmo!, Berita Harian, (Dunia Itu) dari blog, Utusan, MStar dan Astro Awani.. 





19 pelajar, dua guru terhidu gas beracun


 Ahli bomba sedang memindahkan sisa bahan kimia yang meletup di SMK Datuk Lokman, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 April - Seramai 19 pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Lokman, Jalan Kampung Pandan di sini, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang kerana terhidu gas beracun.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berpunca akibat letupan satu daripada lapan tong bahan kimia semasa dibawa keluar dari makmal sekolah itu ke dalam sebuah lori syarikat kontraktor untuk dilupuskan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika dua pekerja syarikat kontraktor terbabit sedang melakukan proses pemunggahan 229 jenis bahan kimia yang diisi dalam lapan tong berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun satu daripada tong yang telah dipunggah ke dalam lori tiba-tiba meletup dan menyebabkan kebakaran.

"Bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 10 minit dan menyelamatkan lori daripada terbakar.
"Seramai 19 pelajar dan dua guru yang terhidu asap kebakaran itu mengalami pening kepala dan muntah-muntah.
"Kesemua mereka dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Azizan, anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) yang tiba selepas kebakaran dipadamkan bertindak memindahkan tong-tong bahan kimia itu keluar dari kawasan sekolah.
"Bahan kimia itu akan dilupuskan di Negeri Sembilan. Kebanyakan bahan kimia terbabit adalah jenis asid seperti ammonia, sodium, magnesium dan ada antaranya telah disimpan selama 28 tahun di situ," katanya.
Azizan berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian itu akan dilakukan dan bomba turut memastikan kawasan sekolah terbabit selamat sebelum dibenarkan dibuka semula esok.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pelajar dan guru sekolah tersebut telah mengadakan latihan kebakaran pada minggu lalu dan ia memberi kesan positif apabila berlaku kejadian kebakaran bahan kimia pada pagi ini.
"Semasa kejadian, loceng kecemasan telah berbunyi dan pelajar-pelajar diarahkan berhimpun di padang dan ia berjalan dengan teratur hasil latihan dijalani sebelum itu," ujarnya.

Sementara itu, syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini memberitahu, syarikat terbabit hanya dilantik oleh sekolah tersebut untuk melakukan kerja-kerja mengangkut bahan kimia telah luput itu.

"Pihak kami tidak melakukan kerja pembungkusan, mengendali dan memasukkan bahan kimia itu ke dalam lori kami," menurut kenyataan itu.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Letupan Kimia Makmal

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan rapi pada tong bahan kimia yang dipindahkan.


Kuala Lumpur: Sembilan belas pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Dato Lokman, Jalan Kampung Pandan, di sini, dikejarkan ke hospital selepas pening serta muntah akibat terhidu bahan kimia luput tarikh yang dalam proses pemindahan untuk dilupuskan, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas satu daripada lapan tong mengandungi 229 jenis bahan kimia dari makmal sekolah berkenaan, ada di antaranya tersimpan sejak 28 tahun lalu, tiba-tiba meletup dan terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dibantu pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia berkenaan ke dalam lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bahan buangan oleh Kualiti Alam Sekitar di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.


“Ketika proses pemindahan dari bilik makmal sekolah ke lori dijalankan, satu daripada lapan tong berisi botol kecil pelbagai jenis bahan kimia seberat 250 kilogram yang sudah dimasukkan ke dalam lori meletup dan terbakar.

myMetro 18 Apr 2013


Batal Mengajar

ANGGOTA bomba bergegas ke SMK Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai sisa kimia terbakar dan meletup semalam.

KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam.

Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja.

Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink.

Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar.

Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain.

Kosmo 18 Apr 2013

SHOCK!

ASSALAMUALAIKUM,


okayy, actually memang nak post something,, but tetiba terbukak blog kawan kat sekolah lama. yang itu paling aku shock masa dia cerita yang mak ike dah takde... T_T aku tak tahu mcm mana feeling ike sekarang.. walaupun aku tak kenal langsung mak dia, but still kalau IBU yang meninggal, siapa yang tak feeling sedihkan? hmmm...


semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. aku tak dapat bayangkan kalau orang yang aku kenal , pergi dulu dari aku.... *thinking how the feeling is*

AL FATIHAH...

[Featured Post]

am i crazy? or just stress?

  halo. im back. seriously i missed writing here. its like my personal diary on public LOL. i dont mind because nobody knows me anyway. so, ...

[Popular Posts]