Pelawat


Tuesday, March 25, 2014

EverythingMH370!

Assalamualaikum,

We are very busy with all our works but abouth #MH370, hopefully we are not miss that news about MH370. First time i know about this missing flight, my mom telling me about it because i am stay in the hostel and in my hostel, we are not expose with news and what is happening outside our hostel. Too sad :)

Beachgoers walk past a sand sculpture made by Indian sand artist Sudersan Pattnaik
at Beijing...
Dulu misi mencari MH370, and now? ada pula buat cerita yang objek jumpa kat Lautan Hindi tu bukan objek flight tu.. Apa cerita ni? Ya Allah... Biarlah mereka pergi dengan tenang dan cukuplah mengaibkan mereka. Kesian kat keluarga mereka.. Cuba kalau korang kat tempat mereka. Apa perasaan korang? Or korang akan jadi seorang yang HATI MATI @ HEARTLESS? think laa~
Vietnam searching for MH370 . END!

Now, kita nak tahu cerita pasal the kapten of the flight.. Bacalah ~

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar...

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri. 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan." 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat. 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat." 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit. 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan. 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang." 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang. 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja. 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit." 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi. 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus." 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi. 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

... Itu apa pandangan orang luar yang punya kepakaran atau kebolehan sepertimana yang dimiliki oleh Kapten Zaharie, biarpun beliau seorang Kristian beliau tidak membuat spekulasi yang buruk mengenai Kapten Zahari..

Bukan seperti kita sesetengah rakyat Malaysia ni.. bila tahu saja Kapten Zaharie itu adalah Ahli PKR, apa yang dibuatnya semua dipandang negatif walaupun dunia menghargainya..

Jadi kesimpulannya.. nak mempolitikkan isu tu biarlah kena tempatnya..

Kita sepatutnya bangga kerana anak Melayu yang berugama Islam ini diiktiraf dunia akan kebolehannya bukannya menghina hanya kerana ideologi politik kita berbeza...


Picture of the flight name.. Just click~

Info bermanfaat mungkin ada yang kurang jelas tentang pesawat 9M-MRO atau dikenali dengan kod penerbangan #MH370

MH370 ialah flight number. MH ialah call sign airline. Contoh SQ untuk Singapore Airlines, AA untuk Air Asia, EK untuk Emirates Airlines. 370 ialah kod penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan kod itu tetap. Contoh MH2 ialah kod untuk Kuala Lumpur ke London.

MAS pernah ade 17 biji B777-200. Turutan dari 9M-MRA sampai 9M-MRQ. Akan tetapi MRK dan MRI telah ditamatkan perkhidmatannya. Jadi sekarang hanya ada 15 biji yg berkhidmat. Tolak MRO yang hilang baru-baru ini tinggal 14 biji lagi yang berkhidmat.

Diingatkan yang MH370 bukanlah sebuah pesawat tetapi merupakan kod penerbangan. Pesawat yang hilang itu ialah model B777-200 yang berdaftar atas 9M-MRO (lebih kurang macam plate number) dan 9M-MRO ialah turutan yg ke 15 antara 17 model B777-200 yang berkhidmat untuk Malaysia Airlines. Pesawat ini bukan khas untuk ke Beijing sahaja tetapi juga ke lokasi lain mengikut jadual yang ditetapkan.

Psst: Moga bermanfaat dan diingatkan pesawat hanya disahkan hilang kerana isyarat terakhir di Lautan Hindi. Ianya belum lagi disahkan sebagai terhempas. Tiada bukti kukuh bagi dakwaan tersebut melainkan sebarang serpihan milik pesawat ini dapat dijumpai. Keep on #PrayForMH370.

No comments:

[Featured Post]

Its time to Change

 Assalamualaikum, hi. Cepat betul masa berlalu. Tak ingat sejak bila tapi mungkin dah 2 tahun. Sometimes, kita tak sedar masa tu bergerak de...

[Popular Posts]