Pelawat


Thursday, April 18, 2013

SHOCK! #2

Assalamualaikum,


ini lagi satu yang membuatkan aku shock!

firstly, aku tahu dari facebook jer.. ada yang kata, terjatuh la. ada orang buat la.. and so on... memang banyak cerita but nahhh.. tadi my brother call me, he said "weh sab, kau tahu tak pasal lokman meletup?" then i replied "ya dah tahuu.. apa jadi dohh?" "try tengok fb along.. ada kat situ" he replied... then, aku pun terus open, and guess what, banyak gila cerita ni keluar kat surat khabar... yang aku tahu, Kosmo!, Berita Harian, (Dunia Itu) dari blog, Utusan, MStar dan Astro Awani.. 





19 pelajar, dua guru terhidu gas beracun


 Ahli bomba sedang memindahkan sisa bahan kimia yang meletup di SMK Datuk Lokman, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 April - Seramai 19 pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Lokman, Jalan Kampung Pandan di sini, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang kerana terhidu gas beracun.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berpunca akibat letupan satu daripada lapan tong bahan kimia semasa dibawa keluar dari makmal sekolah itu ke dalam sebuah lori syarikat kontraktor untuk dilupuskan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kejadian berlaku ketika dua pekerja syarikat kontraktor terbabit sedang melakukan proses pemunggahan 229 jenis bahan kimia yang diisi dalam lapan tong berkenaan.

Beliau berkata, bagaimanapun satu daripada tong yang telah dipunggah ke dalam lori tiba-tiba meletup dan menyebabkan kebakaran.

"Bomba yang menerima laporan mengenai kejadian itu berjaya memadam kebakaran dalam tempoh 10 minit dan menyelamatkan lori daripada terbakar.
"Seramai 19 pelajar dan dua guru yang terhidu asap kebakaran itu mengalami pening kepala dan muntah-muntah.
"Kesemua mereka dibawa ke hospital dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Menurut Azizan, anggota Pasukan Khas Tindakan Bahan Berbahaya (Hazmat) yang tiba selepas kebakaran dipadamkan bertindak memindahkan tong-tong bahan kimia itu keluar dari kawasan sekolah.
"Bahan kimia itu akan dilupuskan di Negeri Sembilan. Kebanyakan bahan kimia terbabit adalah jenis asid seperti ammonia, sodium, magnesium dan ada antaranya telah disimpan selama 28 tahun di situ," katanya.
Azizan berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian itu akan dilakukan dan bomba turut memastikan kawasan sekolah terbabit selamat sebelum dibenarkan dibuka semula esok.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pelajar dan guru sekolah tersebut telah mengadakan latihan kebakaran pada minggu lalu dan ia memberi kesan positif apabila berlaku kejadian kebakaran bahan kimia pada pagi ini.
"Semasa kejadian, loceng kecemasan telah berbunyi dan pelajar-pelajar diarahkan berhimpun di padang dan ia berjalan dengan teratur hasil latihan dijalani sebelum itu," ujarnya.

Sementara itu, syarikat Kualiti Alam Sdn. Bhd. dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini memberitahu, syarikat terbabit hanya dilantik oleh sekolah tersebut untuk melakukan kerja-kerja mengangkut bahan kimia telah luput itu.

"Pihak kami tidak melakukan kerja pembungkusan, mengendali dan memasukkan bahan kimia itu ke dalam lori kami," menurut kenyataan itu.



© Utusan Melayu (M) Bhd 


Letupan Kimia Makmal

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan rapi pada tong bahan kimia yang dipindahkan.


Kuala Lumpur: Sembilan belas pelajar dan dua guru Sekolah Menengah Dato Lokman, Jalan Kampung Pandan, di sini, dikejarkan ke hospital selepas pening serta muntah akibat terhidu bahan kimia luput tarikh yang dalam proses pemindahan untuk dilupuskan, semalam.

Kejadian itu berlaku selepas satu daripada lapan tong mengandungi 229 jenis bahan kimia dari makmal sekolah berkenaan, ada di antaranya tersimpan sejak 28 tahun lalu, tiba-tiba meletup dan terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.32 pagi sebelum sebuah jentera bomba dibantu pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika proses pemindahan 229 jenis bahan kimia berkenaan ke dalam lori untuk dihantar ke tapak pelupusan bahan buangan oleh Kualiti Alam Sekitar di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.


“Ketika proses pemindahan dari bilik makmal sekolah ke lori dijalankan, satu daripada lapan tong berisi botol kecil pelbagai jenis bahan kimia seberat 250 kilogram yang sudah dimasukkan ke dalam lori meletup dan terbakar.

myMetro 18 Apr 2013


Batal Mengajar

ANGGOTA bomba bergegas ke SMK Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur selepas menerima maklumat mengenai sisa kimia terbakar dan meletup semalam.

KUALA LUMPUR - Suasana aman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman di Jalan Kampung Pandan di sini bertukar kecoh apabila 21 warganya mengalami muntah-muntah dan sesak nafas selepas terhidu asap beracun semalam.

Kejadian pukul 11.32 pagi itu berlaku apabila salah satu daripada lapan tong bahan sisa kimia terbakar dan meletup ketika hendak dipunggah ke dalam lori khas yang berada di dalam kawasan sekolah oleh dua pekerja.

Tong itu hendak dibawa ke loji pelupusan bahan kimia di Bukit Nanas, Negeri Sembilan.

Tong itu mengandungi 229 jenis sisa bahan kimia seperti ammonia, magnesium, sodium dan zink.

Ketika kejadian, enam tong tersebut telah diletakkan ke dalam lori sebelum salah satunya terbakar.

Lori tersebut berada dekat dengan makmal dan bahan kimia itu kepunyaan sekolah yang hendak dilupuskan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menggunakan serbuk kering untuk memadamkan api dari merebak ke tong lain.

Kosmo 18 Apr 2013

No comments:

[Featured Post]

am i crazy? or just stress?

  halo. im back. seriously i missed writing here. its like my personal diary on public LOL. i dont mind because nobody knows me anyway. so, ...

[Popular Posts]