Pelawat


Friday, July 21, 2023

Putrajaya Sentral to Hospital Kuala Lumpur

 

MRT PUTRAJAYA TO MRT HKL (HOSPITAL KUALA LUMPUR)

Kalau dari Putrajaya, dah tak perlu nak drive sampai ke KL. Boleh naik MRT je kemudian boleh tukar dekat mana-mana station untuk ke destinasi yg dituju.

Cerita dia macam ni, saya bekerja di Putrajaya dan kebetulan kena ambil ubat dekat Hospital Kuala Lumpur. Bila tengok waze, ambil masa dalam 1 jam untuk sampai ke destinasi. 

Pastu baru teringat yang MRT laluan Putrajaya dah buka, jadi saya try guna app Moovit. Bila check tu memang ada direct way untuk ke HKL. Ambil masa pun lebih kurang sejam.

Bila fikir balik macam jimat juga guna MRT. Tambang kalau guna TouchNGo RM4 (berbanding beli di token RM4.70). Kalau naik kereta pun macam tak berbaloi. Kos tol + parking + minyak. So, better naik je MRT. Lebih jimat.

Cons;

  1. Masa banyak habis dalam perjalanan sebab banyak kena jalan kaki untuk tiba ke destinasi.

  2. Penat & lapar

  3. Car park (Park n Ride) mahal 

Pros;

  1. Boleh tidur dalam MRT

  2. Jimat duit

  3. Tak perlu risau tentang parking

Tempoh perjalanan dari pejabat ke MRT Putrajaya, ambil masa dalam 15 minit.

Dah sampai car park, cari parking ambil masa dalam 10 minit. (Lama sebab tak pasti mana main lift untuk ke MRT)



Dah kenal pasti lift dekat mana, tersalah guna lift pula. Untuk direct ke MRT boleh je naik sampai tingkat P3. (Saya park di P1) Kalau dari situ boleh cross laluan bas yang sesak kat bawah. Habis masa lagi 10 minit.

Lepas dah sampai atas, kena baca papan tanda pula. Sebab keluar je lift, tengok kawasan macam masih under construction. Ingatkan salah floor, rupanya keluar je lift tu, belok kanan dan akan nampak laluan tengah dan straight je. Kat situ ada papan tanda. Ada nak ke terminal bas, atau KLIA express, semua kat situ. Better awak baca!








KAKI KENA KUAT UNTUK BERJALAN DAN GUNA PUBLIC TRANSPORTATION!

20 minit berlalu…

Lepas dah berjalan ke arah MRT, baru la nampak stesen yg kita nak tuju. Memang penat tapi asalkan MRT ni direct station. Tak ada masalah. Boleh rehat dalam tren nanti.

Nak tunggu tren tiba pun tak lama sangat sebab stesen ni permulaan untuk ke arah Kwasa Damansara. (3 minit berlalu)

Dah naik tren, kita tak perlu berebut kerusi (mungkin sebab waktu naik ni buka waktu kemuncak) tapi kalau waktu orang pergi dan balik kerja mungkin penat sikit. Lepas dah duduk, kena tunggu ada banyak stesen nak kena lalu sebelum sampai ke KL. (<1 hour)




Sampai je HKL, keluar MRT memang boleh rasa vibes baru dekat stesen tu dan lagi sekali kena membaca! Baca segala papan tanda yang ada dekat situ. Ada juga LRT (lagi dekat dengan klinik pakar) tapi saya prefer direct stesen je senang. Berjalan lagi la kita ke arah HKL tu. Masa lebih kurang 20 minit.

Masa memang banyak habis untuk berjalan, tapi masa akan lagi banyak habis bila sampai je parking HKL, susah nak dapat (waktu 11 pagi ke atas) dan ke arah HKL memang selalu jammed (buang masa). Tapi siapa kaki tak kuat, better naik kereta.



Jalan kaki nak ke klinik pakar harian. Keluar dari pintu utama MRT kemudian belok kanan dan ikut je bumbung pejalan kaki tu. Mesti jumpa. Nanti sampai kat kawasan klinik pakar, kena lintas jalan sikit.

Tiba sudah ke destinasi!



[Featured Post]

Its time to Change

 Assalamualaikum, hi. Cepat betul masa berlalu. Tak ingat sejak bila tapi mungkin dah 2 tahun. Sometimes, kita tak sedar masa tu bergerak de...

[Popular Posts]